Thursday, February 25, 2010

bila ku sendiri..






di kala sendiri ini
ada teman yang telah pergi
pergi dengan tujuan
pergi mengikut arah jalan.

di kala kesunyian ini
ada yang datang menjenguk
cuba untuk menggoda
bukan untuk menemani.

di kala nafsu yang sedia membara
di kala keinginan yang tiada batasnya
akan terbakar dengan api yang dinyala
bersama mereka yang tempatnya adalah di sana.

aku masih ada iman
aku masih ada kekuatan
peliharalah ia perisai yang melindungi
agar kau selamat di sini dan di sana.

kuasa amarah..






bila amarah telah menguasai
lahirlah kalam yang sentiasa menguji.

aku bukan diajar untuk semua ini
sikap mereka yang mencabar diri.

sabar... sabar... sabar...
sampai bila harus ku bersabar?

apabila hak telah dinodai
apabila kezaliman telah merajai.

hati ini ku rasakan sakit
hati ini yang mula menjerit.

haruskah aku lari dan terus berlari?
sucikah hati ini bila mula membenci?

baru aku sedar..






baru aku sedar...
kegagalan itu memeritkan
kegagalan itu meletihkan
kegagalan itu mencuri masa
kegagalan itu mengecewakan.

baru aku sedar...
aku yang masih di sini
aku yang tidak menyendiri
aku dan dia yang menanti
aku hanya dapat memerhati.

baru aku sedar...
hidup ini tak selalunya indah
hidup ini tak semestinya apa yang dicita
hidup ini tak lepas dari kegagalan
hidup ini usaha dan tawakkal.

hati ini..






ini mengenai parasaan...
ini mengenai luahan...
ini mengenai diri ini...

mengapa hati selembut ini?
mengapa hati mudah terasa?
mengapa hati tidak mahu mengalah?

aku hanyalah insan biasa
yang sukar bersuara
tidak banyak berbicara.

mengapa aku mudah kalah dengan kelembutan hati ini?
mengapa aku dijadikan dengan hati selembut ini?
mengapa hati ini mudah tersentuh?

aku hanya ingin dihormati
hanya ingin diri ini dihargai
hanya ingin suara ini didengari.

hati yang hanya selalu memendam rasa
hati yang selalu luka dengan bicara
hati yang meronta bila terasa dihina.

mengapa hati sekeras ini?
tidak mudah mengalah walaupun terasa bersalah
tidak mudah berdamai walaupun itu yang ingin dicapai.

di mana jawapan segala persoalan?