Sunday, September 19, 2010

antara dua garisan..






langkah demi langkah ku berjalan
hari demi hari telah dilalui
dikatakan pengalaman itu mendewasakan
namun tak seperti apa yang dirasai.

kehidupan ini sememangnya singkat
apa yang berlalu kan dirasai dengan sekelip mata
yang terlalu berani akan mudah mati
yang terlalu pengecut akan selalu dibuli

kita berjalan antara dua garisan
di sini mulanya dan penamatnya entah di mana
mungkin banyak yang ingin dicari
tak mungkin semuanya kan kita temui

renungkan kembali tika kau dilahirkan
segalanya kembali seperti awalnya
kini kau telah dewasa
namun tak semua telah sampai ke penamatnya.

Monday, April 19, 2010

hati ini siapa yang memiliki?






terasa ingin bertanya dan mengapa
dari siapa dan bagaimana
dan kini ku abadikannya.

pernah terasa bahagia dan sengsara
pernah mencapai khayalan tiada nyata
hanya mainan dan lakonan.

kini terkenangkan masa yang lalu
dunia ini pastinya tiada ganti
kesedihan dan sesalan hanyalah tangisan.

bila hati kan sering bertanya
ke mana lagi destinasi kan dituju
kembalilah... jawapannya hanya kembali.

Thursday, February 25, 2010

cerita angin..






desiran angin menusuk tubuhku
seolah membawa satu berita
huruf demi huruf ku rasa membisik
kalam demi kalam ku cuba untuk memahami.

aku bagaikan mula memahami
1001 di antara kisah-kisah hakiki
kisah itu tentang kita
kisah itu bagi sesiapa yang menterjemahkannya.

kesyahduan malam membawa ku menyendiri
bermuhasabah menyedari kelemahan diri
jasad yang dibawa ke sana dan ke sini
moga bersama redha Ilahi.

diri yang selalu tunduk pada duniawi
terkalah dengan nafsu yang terus menguasai
langkah demi langkah ku cuba untuk kembali
walau hakikat 1000 langkah telah pergi.

dunia kecil ini..






perlahan langkah ku gerakkan
bersama debu jalan yang terus menghinggapi
sekali langkah ini ke hadapan
ia kan pergi dan tak akan kembali.

dunia kecil ini ku cuba untuk berlari
namun bayang hitam itu sentiasa mengiringi
semakin laju ku cuba untuk menghindari
semakin pantas ia datang untuk menghampiri.

dunia kecil ini seakan menghimpit
setiap langkahku hanyalah menuju satu destinasi
hidup yang terasa semakin perit
dan mati itu yang pasti akan terjadi.

dunia kecil ini...
mungkin inikah langkahku yang terakhir?

masih ingin bebas..






begitulah kata hati
yang dulu ada penghuni
ada teman yang menemani
tapi kini sudah menyendiri.

tiada lagi ikatan
tiada lagi harapan
tiada lagi kerinduan
yang tinggal hanya penyesalan.

terkadang hati ini diusik
mereka yang mencari cinta
yang baru menenal dunia
yang tak mengerti hakikinya.

di sini akan kau temui
korbankanlah kata naluri
carilah redha Ilahi
akan kau rasai cinta yang sejati.

sejadah hijau itu..






lena di dalam lipatan
terbentang menuju satu arah
yang mendambakan sentuhanmu
bisikan kalam pujimu pada-Nya.


pernahkah titisan itu membasahi
air mata keinsafan seorang hamba
bukan lakonan duniawi
semata ikhlas mengharap redha Ilahi.

di sinilah destinasi abadi
walau di mana langit dijunjung
atau hanya persinggahan sementara
sekadar melepas batuk di tangga.


di kala malam mendamba cahaya
di kala kegelapan menyelubungi alam maya
pergilah padanya
kan dibuka luas pintu cahaya.

bila ku sendiri..






di kala sendiri ini
ada teman yang telah pergi
pergi dengan tujuan
pergi mengikut arah jalan.

di kala kesunyian ini
ada yang datang menjenguk
cuba untuk menggoda
bukan untuk menemani.

di kala nafsu yang sedia membara
di kala keinginan yang tiada batasnya
akan terbakar dengan api yang dinyala
bersama mereka yang tempatnya adalah di sana.

aku masih ada iman
aku masih ada kekuatan
peliharalah ia perisai yang melindungi
agar kau selamat di sini dan di sana.

kuasa amarah..






bila amarah telah menguasai
lahirlah kalam yang sentiasa menguji.

aku bukan diajar untuk semua ini
sikap mereka yang mencabar diri.

sabar... sabar... sabar...
sampai bila harus ku bersabar?

apabila hak telah dinodai
apabila kezaliman telah merajai.

hati ini ku rasakan sakit
hati ini yang mula menjerit.

haruskah aku lari dan terus berlari?
sucikah hati ini bila mula membenci?

baru aku sedar..






baru aku sedar...
kegagalan itu memeritkan
kegagalan itu meletihkan
kegagalan itu mencuri masa
kegagalan itu mengecewakan.

baru aku sedar...
aku yang masih di sini
aku yang tidak menyendiri
aku dan dia yang menanti
aku hanya dapat memerhati.

baru aku sedar...
hidup ini tak selalunya indah
hidup ini tak semestinya apa yang dicita
hidup ini tak lepas dari kegagalan
hidup ini usaha dan tawakkal.

hati ini..






ini mengenai parasaan...
ini mengenai luahan...
ini mengenai diri ini...

mengapa hati selembut ini?
mengapa hati mudah terasa?
mengapa hati tidak mahu mengalah?

aku hanyalah insan biasa
yang sukar bersuara
tidak banyak berbicara.

mengapa aku mudah kalah dengan kelembutan hati ini?
mengapa aku dijadikan dengan hati selembut ini?
mengapa hati ini mudah tersentuh?

aku hanya ingin dihormati
hanya ingin diri ini dihargai
hanya ingin suara ini didengari.

hati yang hanya selalu memendam rasa
hati yang selalu luka dengan bicara
hati yang meronta bila terasa dihina.

mengapa hati sekeras ini?
tidak mudah mengalah walaupun terasa bersalah
tidak mudah berdamai walaupun itu yang ingin dicapai.

di mana jawapan segala persoalan?